.

.

Pembelajaran Awal Tentang Saham



Jika ditanya siapa yang mahukan duita, semua akan menjawab YA SAYA. Tetapi berapa ramai yang berusaha mendapatkannya? apa tindakan yang dibuat untuk mendapatkannya?

Ada yang berniaga online, membuka kedai, membuka syarikat, dropship, berniaga online dan seterusnya. Apa yang jelas lagi di malaysia perniaga berniaga mengikut trend.

Yang kita tahu 9/10 pintu rezeki itu adalah dari perniagaan. Sejujurnya mmbuka perniagaan bukanlah sesuatu yang mudah seperti yang disangkakan.

Bagaimana kita orang-orang biasa ini boleh memiliki bahagian dalam syarikat dengan pendapatan yang besar dan bertaraf antara bangsa. Mustahil? Dengan pelaburan saham, kita mampu memiliki sebahagian daripada syarikat-syariakt konglomerat ini.

Ini merupakan apa yang saya pelajari sebagai seorang yang baru mengorak langkah dalam dunia pelaburan mengenai pelaburan saham iaitu :

.1 ILMU
Jangan terburu-buru berhajat untuk membeli kaunter dan tanpa sebarang ilmu. itu dinamakan judi!

Saham ini ada untung dan rugi, dah namanya perniagaan. Namun dengan ilmu, kita mampu buat analisa (sama ada fundamental mahupun teknikal) untuk mengurangkan risiko kerugian dan yang penting bagaimanan untuk melabur secara sah, mudah, selamat dan patuh syariah.

kita boleh belajar dengan membaca buku, pergi ke seminar, belajar dengan broker atau remiser, membaca blog, web, ebook dan banyak lagi.

kena rajin buat research. Rendahkan diri dan belajar sebanyak mungkin.

.2 MELABUR MENGGUNAKAN DANA LEBIHAN
Dana lebihan atau idle fund bermaksud duit yang kita sanggup rugi 100%. Mengikut kemampuan kita.

Jangan sesekali melabur saham atau pelaburan lain dengan hak yang tidak dimiliki ( berhutang! )

Jika belum cukup dana, menyimpan terlebih dahulu.

.3 PELABURAN JANGKA MASA PANJANG ATAU PENDEK
Ramai yang menyangka pelaburan saham ini kena menghadap tengok carta 24 jam. Jika sepenuh masa ianya memang terbaik.

Tetapi kalau separuh masa, ada pelaburan jangka masa panjang. Contoh kaunter XYZ pada akir 2012 harga seunit adalah RM 1.20. sekarang sekitar RM 4.00

.4 MAKLUMAT PENTING
Terdapat pelbagai jenis platform yang ada era teknologi sekarang ini. Ada Maybank, Cimb, Kenanga, Malacca, dan banyak lagi dengan permintaan maklumat yang berbeza-beza dan mudah untuk didaftar.

Dengan hanya membuka google,dan mendapatkan maklumat (tempat, masa, harga, pertanyaan, siapa), dan berdaftar di sana.






No comments

Powered by Blogger.