.

.

4 teknik Posting VIRALLLLL - ( Orang Bisnes wajib baca teknik marketing ini )




Selalu buat posting dekat fb atau di laman sosial lain tapi asyik "Kau sorang yang like , Kau sorang je
 yang share , sedih  nyee

Ok dalam posting kali ini , nak share 4 teknik posting fb engkorang tak krik-krik tahap gaben


1.Banyak info menarik

Kebanyakkan orang akan tengok apa panduan, tips atau info dalam satu iklan terlebih dahulu .Selalunya iklan yang memang jenis iklan semata-mata atau dipanggil iklan Hard SELL memang akan kena scroll cepat-cepat atau paling teruk ,kita kena unfriend (tidak bestkan?) jadi bila buat iklan selitkan sekali info menarik tentang produk, banyak kongsi nilai, beri nilai pada orang, bukan niat menjual 


2.Main emosi

Orang baca dengan emosi, "pernah baca novel tak?, tipulaa tak pernah....perasan kekadang bila baca sampai satu part rasa nak marah atau rasa nak menangis , kekadang sampai mengelamun kelangit 7-cewahh".
Jadi bila naikkan satu posting sebelum submit tu, pastikan posting tersebut berjaya bermain dengan emosi seseorang yang membaca dan selepas itu dengan itu dapat menghasut dia untuk membeli produk anda 

Contohnya, Anda menjual Stroller Bayi dan mahu membuat satu posting iklan :
"Jangan biarkan anak anda berada dalam stroller bayi yang tiada keselamatan standard seperti SIRIM , tahukah anda berapa banyak bayi yang cedera dan ada yang maut disebabkan kecuaian ibubapa mereka yang cuai dalam menjaga keselamatan anak-anak mereka , MAHUKAH ANDA MENJADI IBU BAPA SETERUSNYA ? Anda tentukan..."


3.Menggunakan bahasa yang sopan dan moden

Penjagaan bahasa perlu dipantau juga, lihat dengan siapa anda sasarkan, golongan tua atau pertengahan atau muda. Penggunaan bahasa penting untuk menunjukkan  imej yang anda mahu bawa serta mesti juga moden dan nampak Catchy dengan keadaan bahasa lama sosial sekarang

4.Memberi nilai yang positif

Menulis sesuatu hatta membuat iklan pun perlu lihat apa bentuk nilai yang anda akan beri kepada pembaca anda, untuk menggunakan kuasa VIRALL anda perlu memastikan bahawa posting anda tersebut mempunyai nilai positif terhadap pembaca yang meninggalkan kesan kepada mereka serta orang lain, dengan cara itu kuasa VIRAALLLL akan meresapi posting anda.



No comments

Powered by Blogger.